.
| | |DASHBOARD| | | | | |INFORMASI| | | | | |ILMU AGAMA| | | | | |KATA HATI| | || | |TERJAH| | || | |SHOUTBOX| | || | |DOWNLOAD| | |

(●.•) FACEBOOK (●.•)

FOLLOW ME

BUDAYA TAKLID


Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebilangan besar masyarakat kita sejak dahulu lagi hinggalah ke hari ini kebanyakannya mewarisi budaya atau amalan bertaklid ini, menjadi pak turut atau mengikut sahaja sesuatu secara membuta tuli sama ada dalam perkara-perkara akidah, ibadah dan amalan urusan-urusan adat atau budaya bangsa.

Taklid bererti:

"Meniru atau mengikut sesuatu tanpa menggunakan sebarang hujah atau dalil yang berdasarkan ilmu atau akal."

Perbuatan atau budaya bertaklid ini amatlah merbahaya lagi merosakkan. Biasanya gejala atau pengaruh bertaklid ini diresapi di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Mereka ini suka mengambil jalan mudah dan ringkas dengan menerima dan menelan bulat-bulat apa sahaja yang disogokkan kepada mereka dengan tidak mahu langsung mencari bukti atau dalil atau mahu menggunakan akal untuk mendapatkan kesahihan sesuatu. Apa yang dijadikan ukuran bagi menilai sesuatu itu baik atau buruk atau yang hak dan yang batil hanyalah berpegang kepada sesuatu pendapat atau sampaian dari orang lain kepadanya.

Kebanyakan perbuatan mereka pada masa ini selalunya dilakukan setelah menerima email atau sms yang mana mereka disuruh untuk menyebarkan sesuatu berperihal agama, walhal mereka sendiri tidak begitu pasti tentang kesahihannya..

Sedarlah... Kita seharusnya bersedia dan berusaha menjauhi diri dan mengelak daripada sifat taklid ini dengan syarat kita hendaklah menjadi orang yang berilmu. Pelajari dan carilah ilmu sebanyak-banyaknya serta gunakanlah akal fikiran yang dilengkapkan kepada kita olehNYA untuk mendapatkan keterangan dan bukti-bukti yang jelas dan ingat jangan sekali-kali kita menerima sesuatu itu bulat-bulat kecuali setelah ternyata dan jelas kesahihannya.

P/s: Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu, tetapi berusahalah & bersabarlah.. dan pabila kamu sudah berilmu, amalkanlah...

4 comments:

fana.akim said...

nice info :) thanks sharing is caring :)

● ZroTHnkeR™ said...

ur welcome.. thanks for visiting x)~

HanisLazimAndTheShaklee said...

dah bule jadi ustaz =) calon suami nih =D

● ZroTHnkeR™ said...

erk!! biasa2 jew aniswany.. huhu.. x)~

(●.•) ANOTHER POSTS (●.•)