.
| | |DASHBOARD| | | | | |INFORMASI| | | | | |ILMU AGAMA| | | | | |KATA HATI| | || | |TERJAH| | || | |SHOUTBOX| | || | |DOWNLOAD| | |

(●.•) FACEBOOK (●.•)

FOLLOW ME

Jauhi DADAH !!!


Dadah atau "Drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menyalahgunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang);
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;
Diperoleh secara haram;
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan
mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan
  1. pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembelinya,
  10. pemesannya.”
Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti:
Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
Menjual beli dadah.
Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan.

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :-
Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri.
Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
• Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
Masalah dan tekanan rumah tangga.
Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
Kurangnya pengetahun agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu:
kesan kepada penagih
kesan kepada keluarga
kesan kepada masyarakat
kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih
Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga
Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga.
Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
Rumah tangga menjadi porak peranda.
Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

3. Kesan Kepada Masyarakat
mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan.
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah:
 - Kehilangan / kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
 - Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
 - Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
 - Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
 - Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
 - Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penangihan dadah adalah:

Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

"Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan."

Akta Rawatan/Pemulihan 1983

Seseorang boleh di tahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah.

Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :
menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2 tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun.

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut:
Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan:-
Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
Tidak dibicarakan di mahkamah
Proses Siasatan:
Laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada Siasatan.
Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri.
Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

Sumber : http://adk.gov.my/
.

2 comments:

Unknown said...

yeah! jauhi dadah...snggah2 cnie....appy blogging ya! neway...folo kamoo...heee...terus kn usaha...same2 perangi dadah!

● ZroTHnkeR™ said...

yea.. thanks for following me..

Have a nice day.. (●.•)

(●.•) ANOTHER POSTS (●.•)