.
| | |DASHBOARD| | | | | |INFORMASI| | | | | |ILMU AGAMA| | | | | |KATA HATI| | || | |TERJAH| | || | |SHOUTBOX| | || | |DOWNLOAD| | |

(●.•) FACEBOOK (●.•)

FOLLOW ME
Showing posts with label KATA HATI. Show all posts
Showing posts with label KATA HATI. Show all posts

Bukan, Tetapi..


Bukan cantikmu yang ku cari,
Bukan itu yang ku nanti,
tetapi ketulusan hati yang abadi ..

Bukan kesempurnaan yang ku pinta,
Bukan itu yang ku perlukan,
tetapi keperibadian hati yang murni ..

Bukan kekayaanmu yang ku mahu,
Bukan itu yang diimpikan,
tetapi kebijaksanaan ilmuan mu ..

Bukan kekuranganmu yang ku risau,
Bukan itu yang dipersoalkan,
tetapi keterimaanmu terhadap redha ..

Bukan semua gadis jadi pilihanku,
Bukan semua yang kumahu,
tetapi cukuplah kamu yang satu ..

Bukan cinta kekasih yang ku sayang,
Bukan cinta pasangan yang ku rindu,
tetapi cinta ikatan SAH yang ku kasihkan ..

 

P/s: Haram jika menjadikan wanita sebagai kekasih jika tidak mempunyai niat untuk menikahinya ..

Antara aK dan Dia...




 Ya ALLAH.. Yang maha Pegasih lagi maha Penyayang... Mereka yang lain mungkin dan seharusnya tidak mengetahui apa yang ada di dalam hati ini, dan dengan sengaja berjenaka. aK ingin sahaja berkongsi cerita tapi dengan siapa? Biarpun kadang kala kufikirkan hanya aK dan dia yang mengetahuinya.. suatu rahsia antara dua jiwa yang sama rasa dan sama-sama digerakkan dan akur dengan sandiwara ini.

Lihatlah suatu ketika bila redhaNYA tiba, aK dan dia pasti bersua bukan hanya untuk bersemuka tetapi jauh dari itu untuk hidup bersama.. Walaupun hakikatnya aK malu dengan diriku ini tetapi itulah kebenarannya.. aK tidak bisa lari meninggalkan sesuatu yang ditentukan ujiannya kepadaKu. Fahamlah hati dan jiwa ini sering memberontak. Ingin rasanya kugeledah segenap ceruk rantau ini untuk mententeramkan hatiKu namun apakan daya, aku tidak mempunyai kuasa melakukan dan aK sedar aK manusia lemah yang sepatutnya mengetahui kekurangan diri.

Ya ALLAH, ya tuhanku.. aK redha dengan 'gerakkan hati ini' kerana aK yakin menemukan kami sebegitu rupa bukan untuk bersenda tetapi untuk menduga sejauh mana kekuatan hati kami dalam menghadapi segalanya. KAULAH YANG SATU.. aK akur dengan kasih sayangMU..

Bukalah hati kami menerima antara satu sama lain seadanya sepertimana telah KAU anugerahkan kepada kami dan semoga pertautan ini tidak akan terlerai walau apa sekalipun yang terjadi.... Seaib manapun aku dan dia, semoga kami akan tetap menerima antara satu sama lain...

P/s: Ya ALLAH, antara aK dan Dia... sememangnya ada satu Rahsia..

Bersahabatlah, Jika...

Bersahabatlah,

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

P/s: Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya (Hadis riwayat al-Hakim) ..

Sometime

Sometime..

I had a plan
I wanted to change who I was
Create a life as someone new

Someone without the past
Without the pain
Someone alive

But its not that easy
The bad things stay with you
They follow you

You can't escape them
As much as you want to
All you can do is be ready for the good

So when it comes
You invite it in because you need it
Yes.. I need it

P/s: Sometime..

Okey ke Tak ??

Okey ke Tak ??

Pernahkah kita tanya pada diri kita sendiri dan menjawabnya sendiri?
Ingatlah bahawa kita ada dua hati, iaitu Hati Kecil dan Hati Besar.

Yang selalu membohongi diri kita ialah hati besar kita. Yang cakap besar, perasaan membesar-besarkan diri itu datangnya dari hati besar dan yang selalu mengeluh dan menyatakan keadaan kita yang sebenar itu datangnya dari hati kecil. Bila orang puji kita, kita pun kembang, itu hati besar yang berbangga. Kadang-kadang orang puji kita sebab nak bodek kita jer, sebab itu kadang-kadang kita terfikir, "Erm betul ke dia puji aku ni, Ikhlas ke dia tu, sebab aku ini taklah okey sangat seperti yang dia cakap tu."Pertanyaan ini datangnya dari hati kecil.

Jadi, cuba kita sama-sama tanya diri kita sendiri, 'kita ni Okey ke Tak ?? ' dan kita jawab sendiri dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas. Jawapan ini boleh menentukan apakah langkah-langkah kita selepas ini. Apakah positif ataupun negatif. Adakah dengan penuh yakin ataupun tidak.

P/s: Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan orang lain tatkala hendak menentukan arah tujuan.

Sesungguhnya~

"Sesungguhnya lidah orang mukmin itu terletak di belakang hatinya. Apabila dia hendak berkata sesuatu, maka hatinya akan lebih mengerti sebelum diucapkan menerusi lidahnya."
( Riwayat al-Kharaithi daripada al-Hasan Al-Bashari )
 P/s: Sama2lah kita menjaga mulut atau lidah daripada mengeluarkan
kata-kata keji seperti mengumpat, memfitnah, memaki hamun, mencarut dan
mempersendakan orang lain.

Selamat Berpuasa

 
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat berpuasa.. Mohon maaf atas segala khilaf yang ada. Semoga amal ibadah kita akan mendapat keberkatan dari Allah swt. InsyaAllah.
.
  • Lafaz niat untuk puasa sebulan, niat pada awal ramadhan:

Ertinya: "Sahaja aku puasa bulan Ramadhan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"
  • Lafaz niat harian untuk puasa di bulan ramadhan:

Ertinya: "Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"
Maka dengan berbuat demikian kita telah mengambil jalan selamat, iaitu kita mesti berusaha untuk berniat setiap hari dalam masa yang sama kalau ada hari yang terlupa untuk berniat maka cukuplah niat kita pada permulaan Ramadan untuk sebulan.

  • Lafaz doa untuk berbuka puasa:

Ertinya: "Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih"


 

Menjelma Lagi


Pagi yang indah menjelma lagi
Menyedarkan dari mimpi-mimpi semalam

Di suatu sudut terpancar cahaya yang mendamaikan
Membangkitkan semangat kesegaran perasaan

Hembusan angin menemani perjalanan
Mengiringi langkah menuju kepastian

Gemersik dedaunan bak irama kehidupan
Selalu setia menyanyikan lagu kemenangan

Dalam menggapai makna cita dan cinta
Dalam mewujudkan makna hidup yang sesungguhnya

Biarkan pergantian hari meneruskan waktunya
Kerana setiap detik akan selalu kulaluinya...

P/s: Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan.. .
.

BUDAYA TAKLID


Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebilangan besar masyarakat kita sejak dahulu lagi hinggalah ke hari ini kebanyakannya mewarisi budaya atau amalan bertaklid ini, menjadi pak turut atau mengikut sahaja sesuatu secara membuta tuli sama ada dalam perkara-perkara akidah, ibadah dan amalan urusan-urusan adat atau budaya bangsa.

Taklid bererti:

"Meniru atau mengikut sesuatu tanpa menggunakan sebarang hujah atau dalil yang berdasarkan ilmu atau akal."

Perbuatan atau budaya bertaklid ini amatlah merbahaya lagi merosakkan. Biasanya gejala atau pengaruh bertaklid ini diresapi di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Mereka ini suka mengambil jalan mudah dan ringkas dengan menerima dan menelan bulat-bulat apa sahaja yang disogokkan kepada mereka dengan tidak mahu langsung mencari bukti atau dalil atau mahu menggunakan akal untuk mendapatkan kesahihan sesuatu. Apa yang dijadikan ukuran bagi menilai sesuatu itu baik atau buruk atau yang hak dan yang batil hanyalah berpegang kepada sesuatu pendapat atau sampaian dari orang lain kepadanya.

Kebanyakan perbuatan mereka pada masa ini selalunya dilakukan setelah menerima email atau sms yang mana mereka disuruh untuk menyebarkan sesuatu berperihal agama, walhal mereka sendiri tidak begitu pasti tentang kesahihannya..

Sedarlah... Kita seharusnya bersedia dan berusaha menjauhi diri dan mengelak daripada sifat taklid ini dengan syarat kita hendaklah menjadi orang yang berilmu. Pelajari dan carilah ilmu sebanyak-banyaknya serta gunakanlah akal fikiran yang dilengkapkan kepada kita olehNYA untuk mendapatkan keterangan dan bukti-bukti yang jelas dan ingat jangan sekali-kali kita menerima sesuatu itu bulat-bulat kecuali setelah ternyata dan jelas kesahihannya.

P/s: Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu, tetapi berusahalah & bersabarlah.. dan pabila kamu sudah berilmu, amalkanlah...

Kalau Bersedih


"Kalau bersedih kerana cinta terhalang atau tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan - walau lebat atau lama mana sekalipun pasti akan reda juga.."


P/s: Janganlah dikesali atas segala usaha kebaikan yang pernah kamu lakukan, sekurang2nya kamu berani mencuba, selebihnya tawakal dan mungkin ada hikmah disebalik ketentuanNYA...

Relationship @ Perhubungan

Kepercayaan, antara satu sama lain penting, tak perlu nak emo2 dan ego sangat, yang penting still contact each other lah kalau da jauh..

Memahami, bila sidia sibuk, dan bila sidia rasa memerlukan, dari situkan kita da cuba untuk kenali diri dan pasangan masing2 dengan seadanya.

Komitmen, kalau bab couple ni, kurang skt ape tujuan nya, selalu ianya ditujukan pada yang berpasangan seperti suami isteri, bila siisteri atau sisuami tahu dan laksana tanggungjawab dan peranan masing2, takkan jadilah perkara2 yg ta diingini tu.

Kawalan, pada satu2 situasi tu juga harus.. kadang2 kita asyik teringat sidia tu curang ke, ape ke. jadi minta2 lah buang jauh2 perkara negative tu.. fikirkan yang baik.. jadi baiklah ia..

P/s: ‎Relationship need trust, understanding, commitment n how u control d situation..

I Need Oxygen~



Sebuah ungkapan cinta
dari sudut kecil mata hati

Setiap ia menyentuh
tanpa ragu diungkapkan

 Untuk menyentuh hati para pecinta
yang masih berusaha untuk mencinta

Yang punya segudang cinta
 Yang akan terus diberikan

Untuk mereka yang dicintainya
untuk Tuhan, Keluarga, Kekasih dan PersekitaranMu.


P/s: aKu bukanlah pujangga picisan yang berteriak tanpa pembuktian, yang berjalan tanpa arah. Sesungguhnya manusia adalah untuk saling mencintai .

Renungkanlah

Dalam keadaan aKu yang tengah demam2 ni,  aKu rasa nak dengar lagu. Sedang aku search dekat youtube, tertarik pula aKu dengan lagu ni. Walaupun lagu ini sudah lama diperdendangkan, namun ia tetap mempunyai banyak pengertian yang wajar kita sedari. Zaman sekarang ni, macam2 hal berlaku berkenaan hal CINTA ni. Ada yang sanggup berbunuh2an, berbenci2an, apetah lagi melakukan sihir keatas seseorang agar dirinya puas mendapat apa yang diinginkan.

Wahai teman2 sekalian, sedarkah diri kita, bahawa untuk mencintai seseorang, tak perlu dimiliki dan tak perlu nak dipertahankan cinta itu kalau sudah tidah diredhai dan diberkati. Biarkanlah cinta itu pergi, kalau dia bahagia, kita juga bahagia. Memang benar pada awal pemergiannya kita merasakan sangat pedih dan disakiti, tetapi percayalah, saat waktu masa itu berlalu, kita bermohonlah kepadaNYA agar diri kita diperteguhkan diri hendaknya.. InsyaAllah ~


P/s: Cinta memang tidak mengenal usia mahupun rupa. Ianya adalah anugerahNYA kepada setiap insan. Namun janganlah kita menyakiti insan lain demi mendapatkan apa yang kita ingini.

Mencari Kebahagiaan


Nabi berpesan kepada kita, jika hendak berbahagia, ia bermula daripada pemilihan jodoh yang baik, pilih orang yang soleh @ solehah, pilih yang beriman dan bertakwa kepada Allah swt.

Penceraian ini dibenarkan dalam Islam tetapi ia adalah jalan yang terakhir setelah kita berusaha dan bermohon kepadaNYA..

1. Didalam kehidupan ini kita perlu dapatkan keredhaan daripada Allah dan juga keredhaan daripada manusia. Jika kedua dua redha ini kita tidak dapat, kita tidak akan mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat.

2. Kejujuran itu penting - usah bina rumah tangga dengan menghancurkan hati dan rumah tangga orang lain.

3. Hargailah pengorbanan isteri anda. Hargai keluarga anda. Jangan sampai anda kehilangan mereka kesemuanya. Maka hilang segala-galanya.


Doa:-

Surah Al - Baqarah "Ayat 126" (Doa semoga diberikan rezki, kebahagiaan dan ketenangan)

Surah Al - Maidah "Ayat 114" (Doa semoga diberi kebahagiaan kepada keluarga dan doa semoga diri kita tidak tersalah pilih pasangan hidup)


P/s: Memang benar Allah menyatakan lelaki baik untuk wanita baik, namun sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri ..

Salam Maulidur Rasul


Selamat menyambut Maulidur Rasul 1423H



" Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah"
(Al-Ahzab [33]:21)

P/s: Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

I Will Find ..



I pace my steps
and walk without His shadows
the sky and earth is loyal to me
the sun shines but it is not for me..
I burn in the heat without His protection

As days gone by, I stay strong waiting

His presence in my life
Disappointed that my aching feet, tired from running..
has not been rewarded. Yet I still believe I will find.

I will never stop trying
my mission to find His Love
that is made especially for me..
I shall search the ends of this earth..

Because I know I will meet Him..
I must pursue my dreams I have now..

I see everybody gleaming with happiness..
when they've found His love..
My smile only brings pain..
I only need a friend in Him..

Love, please don't hide
My vission are blurred..
Please present yourself to me..
Love, please do not go
when all I do is chase after you..

P/s: Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Take heart my friend


How long must I anticipate the day
when love comes bursting in amongst routine?
With strength like never to come along my way
it cracks my shell and spills my inner being.

And none shall understand quite like me
what lay hidden underneath all the random smiles.
Is it stored passion, love or lust?

But me, just me, shall laugh all the while..
For underneath the smiles i am wearing
deep satisfaction overwhelms my hearts

Each glance reveals the band that i am sharing
our souls transfixed even wherever i part.

So whenever you may find my smile gleaming.
take heart, my friend, in knowing of its meaning.



P/s : Sesekali melayan jiwang jap.. boleh kan?? huhu ..
.

I B A on me ..


Imagine
 with all your mind.
Believe
 with all your heart.
Achive
with all your might.
.
P/s : Gambar sapekah?? (●.•)
.

I Will See * aGain

This morning is different
There is change
I can sense it
Feel it

Im awake
for the great time
in a long time.

I feel completely
and undeniably wide awake

For once, i dont
regret the day
before it begins

I welcome the day..
because i know..

I will see * again
I will see * again..

For the great time in a long time
I feel good

P/s: Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan dan rasa sakit hati lalu.

(●.•) ANOTHER POSTS (●.•)