.
| | |DASHBOARD| | | | | |INFORMASI| | | | | |ILMU AGAMA| | | | | |KATA HATI| | || | |TERJAH| | || | |SHOUTBOX| | || | |DOWNLOAD| | |

(●.•) FACEBOOK (●.•)

FOLLOW ME

Pemilihan Kerjaya


Apabila Anda melihat ke dalam diri dan mencari kerjaya yang sesuai, sebenarnya anda mencari identiti sebenar diri anda sendiri. Cuba renungkan sejenak tentang perkara berikut:

Apa yang anda suka buat ?
Apa yang perlu anda lakukan ?
Apa yang penting buat anda ?
Kemahiran apa yang anda ada ?
Apakah tahap pendidikan anda ?
Latihan apa yang telah anda jalani ?
Pengalaman apa yang anda ada ?
Apakah perkara yang boleh mendorong anda ?
Bagaimana sikap anda terhadap diri sendiri dan orang lain ?

Teknik membuat perancangan kerjaya terdapat 4 langkah:

Mengenal Diri Sendiri
Meneroka Pilihan
Membuat Keputusan
Mengambil Tindakan

"Ingat! Pilihan tepat, kerjaya manfaat, hidup berkat."

Jenis Personaliti Realistik - kerja menggunakan tangan, fizikal, tumbuhan, mesin dan haiwan.Mempunyai keupayaan mekanikal

Investigatif - melakukan ujikaji, analisis, interpretasi data, suka mempelajari untuk menyelesaikan masalah.

Artistik - melakukan kerja dengan daya kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi. Berbakat seni, memperkenalkan sesuatu yang baru.

Sosial - melakukan kerja yang berhadapan dengan orang lain untuk memaklum, membantu, melatih atau memulihkan.

Keusahawanan - melakukan kerja berhadapan dengan ramai orang, memujuk, mempengaruhi dan pengurusan kewangan (mengurus, mengarah, perhubungan )

Konvensional - Melakukan kerja yang berkaitan dengan data/butir-butir. Berkebolehan dalam perkeranian dan kerja yang bersistematik.

7 Langkah untuk membuat keputusan:

Kenalpasti keputusan yang anda perlu buat ( seperti memilih laluan untuk kerjaya, memilih kursus, memilih institut )
Tulis senarai semua pilihan yang mungkin menarik perhatian anda.
Dapatkan semua maklumat tentang setiap pilihan anda.
Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan.
Buat satu pilihan.
Rancang bagaimana keputusan itu dapat dijalankan.
Buat tindakan sewajarnya.
.

2 comments:

shekechik said...

wahhh...input bagus ni..

● ZroTHnkeR™ said...

:) tau takpe.. gunakan dgn sebaiknya utk rancangan awal masa depan..

(●.•) ANOTHER POSTS (●.•)