.
| | |DASHBOARD| | | | | |INFORMASI| | | | | |ILMU AGAMA| | | | | |KATA HATI| | || | |TERJAH| | || | |SHOUTBOX| | || | |DOWNLOAD| | |

(●.•) FACEBOOK (●.•)

FOLLOW ME

Okey ke Tak ??

Okey ke Tak ??

Pernahkah kita tanya pada diri kita sendiri dan menjawabnya sendiri?
Ingatlah bahawa kita ada dua hati, iaitu Hati Kecil dan Hati Besar.

Yang selalu membohongi diri kita ialah hati besar kita. Yang cakap besar, perasaan membesar-besarkan diri itu datangnya dari hati besar dan yang selalu mengeluh dan menyatakan keadaan kita yang sebenar itu datangnya dari hati kecil. Bila orang puji kita, kita pun kembang, itu hati besar yang berbangga. Kadang-kadang orang puji kita sebab nak bodek kita jer, sebab itu kadang-kadang kita terfikir, "Erm betul ke dia puji aku ni, Ikhlas ke dia tu, sebab aku ini taklah okey sangat seperti yang dia cakap tu."Pertanyaan ini datangnya dari hati kecil.

Jadi, cuba kita sama-sama tanya diri kita sendiri, 'kita ni Okey ke Tak ?? ' dan kita jawab sendiri dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas. Jawapan ini boleh menentukan apakah langkah-langkah kita selepas ini. Apakah positif ataupun negatif. Adakah dengan penuh yakin ataupun tidak.

P/s: Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan orang lain tatkala hendak menentukan arah tujuan.

No comments:

(●.•) ANOTHER POSTS (●.•)