Ya ALLAH.. Yang maha Pegasih lagi maha Penyayang... Mereka yang lain
mungkin dan seharusnya tidak mengetahui apa yang ada di dalam hati ini,
dan dengan sengaja berjenaka. aK ingin sahaja berkongsi cerita tapi
dengan siapa? Biarpun kadang kala kufikirkan hanya aK dan dia yang
mengetahuinya.. suatu rahsia antara dua jiwa yang sama rasa dan
sama-sama digerakkan dan akur dengan sandiwara ini.
Lihatlah
suatu ketika bila redhaNYA tiba, aK dan dia pasti bersua bukan hanya
untuk bersemuka tetapi jauh dari itu untuk hidup bersama.. Walaupun
hakikatnya aK malu dengan diriku ini tetapi itulah kebenarannya.. aK
tidak bisa lari meninggalkan sesuatu yang ditentukan ujiannya kepadaKu.
Fahamlah hati dan jiwa ini sering memberontak. Ingin rasanya kugeledah
segenap ceruk rantau ini untuk mententeramkan hatiKu namun apakan daya,
aku tidak mempunyai kuasa melakukan dan aK sedar aK manusia lemah yang
sepatutnya mengetahui kekurangan diri.
Ya ALLAH, ya
tuhanku.. aK redha dengan 'gerakkan hati ini' kerana aK yakin menemukan
kami sebegitu rupa bukan untuk bersenda tetapi untuk menduga sejauh mana
kekuatan hati kami dalam menghadapi segalanya. KAULAH YANG SATU.. aK
akur dengan kasih sayangMU..
Bukalah hati kami
menerima antara satu sama lain seadanya sepertimana telah KAU
anugerahkan kepada kami dan semoga pertautan ini tidak akan terlerai
walau apa sekalipun yang terjadi.... Seaib manapun aku dan dia, semoga
kami akan tetap menerima antara satu sama lain...
P/s: Ya ALLAH, antara aK dan Dia... sememangnya ada satu Rahsia..
No comments:
Post a Comment