Apabila Anda melihat ke dalam diri dan mencari kerjaya yang sesuai, sebenarnya anda mencari identiti sebenar diri anda sendiri. Cuba renungkan sejenak tentang perkara berikut:
Apa yang anda suka buat ?
Apa yang perlu anda lakukan ?
Apa yang penting buat anda ?
Kemahiran apa yang anda ada ?
Apakah tahap pendidikan anda ?
Latihan apa yang telah anda jalani ?
Pengalaman apa yang anda ada ?
Apakah perkara yang boleh mendorong anda ?
Bagaimana sikap anda terhadap diri sendiri dan orang lain ?
Teknik membuat perancangan kerjaya terdapat 4 langkah:
● Mengenal Diri Sendiri
● Meneroka Pilihan
● Membuat Keputusan
● Mengambil Tindakan
"Ingat! Pilihan tepat, kerjaya manfaat, hidup berkat."
Jenis Personaliti Realistik - kerja menggunakan tangan, fizikal, tumbuhan, mesin dan haiwan.Mempunyai keupayaan mekanikal
Investigatif - melakukan ujikaji, analisis, interpretasi data, suka mempelajari untuk menyelesaikan masalah.
Artistik - melakukan kerja dengan daya kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi. Berbakat seni, memperkenalkan sesuatu yang baru.
Sosial - melakukan kerja yang berhadapan dengan orang lain untuk memaklum, membantu, melatih atau memulihkan.
Keusahawanan - melakukan kerja berhadapan dengan ramai orang, memujuk, mempengaruhi dan pengurusan kewangan (mengurus, mengarah, perhubungan )
Konvensional - Melakukan kerja yang berkaitan dengan data/butir-butir. Berkebolehan dalam perkeranian dan kerja yang bersistematik.
● Kenalpasti keputusan yang anda perlu buat ( seperti memilih laluan untuk kerjaya, memilih kursus, memilih institut )
● Tulis senarai semua pilihan yang mungkin menarik perhatian anda.
● Dapatkan semua maklumat tentang setiap pilihan anda.
● Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan.
● Buat satu pilihan.
● Rancang bagaimana keputusan itu dapat dijalankan.
● Buat tindakan sewajarnya.
.
2 comments:
wahhh...input bagus ni..
:) tau takpe.. gunakan dgn sebaiknya utk rancangan awal masa depan..
Post a Comment