.
| | |DASHBOARD| | | | | |INFORMASI| | | | | |ILMU AGAMA| | | | | |KATA HATI| | || | |TERJAH| | || | |SHOUTBOX| | || | |DOWNLOAD| | |

(●.•) FACEBOOK (●.•)

FOLLOW ME

Bukan, Tetapi..


Bukan cantikmu yang ku cari,
Bukan itu yang ku nanti,
tetapi ketulusan hati yang abadi ..

Bukan kesempurnaan yang ku pinta,
Bukan itu yang ku perlukan,
tetapi keperibadian hati yang murni ..

Bukan kekayaanmu yang ku mahu,
Bukan itu yang diimpikan,
tetapi kebijaksanaan ilmuan mu ..

Bukan kekuranganmu yang ku risau,
Bukan itu yang dipersoalkan,
tetapi keterimaanmu terhadap redha ..

Bukan semua gadis jadi pilihanku,
Bukan semua yang kumahu,
tetapi cukuplah kamu yang satu ..

Bukan cinta kekasih yang ku sayang,
Bukan cinta pasangan yang ku rindu,
tetapi cinta ikatan SAH yang ku kasihkan ..

 

P/s: Haram jika menjadikan wanita sebagai kekasih jika tidak mempunyai niat untuk menikahinya ..

Antara aK dan Dia...




 Ya ALLAH.. Yang maha Pegasih lagi maha Penyayang... Mereka yang lain mungkin dan seharusnya tidak mengetahui apa yang ada di dalam hati ini, dan dengan sengaja berjenaka. aK ingin sahaja berkongsi cerita tapi dengan siapa? Biarpun kadang kala kufikirkan hanya aK dan dia yang mengetahuinya.. suatu rahsia antara dua jiwa yang sama rasa dan sama-sama digerakkan dan akur dengan sandiwara ini.

Lihatlah suatu ketika bila redhaNYA tiba, aK dan dia pasti bersua bukan hanya untuk bersemuka tetapi jauh dari itu untuk hidup bersama.. Walaupun hakikatnya aK malu dengan diriku ini tetapi itulah kebenarannya.. aK tidak bisa lari meninggalkan sesuatu yang ditentukan ujiannya kepadaKu. Fahamlah hati dan jiwa ini sering memberontak. Ingin rasanya kugeledah segenap ceruk rantau ini untuk mententeramkan hatiKu namun apakan daya, aku tidak mempunyai kuasa melakukan dan aK sedar aK manusia lemah yang sepatutnya mengetahui kekurangan diri.

Ya ALLAH, ya tuhanku.. aK redha dengan 'gerakkan hati ini' kerana aK yakin menemukan kami sebegitu rupa bukan untuk bersenda tetapi untuk menduga sejauh mana kekuatan hati kami dalam menghadapi segalanya. KAULAH YANG SATU.. aK akur dengan kasih sayangMU..

Bukalah hati kami menerima antara satu sama lain seadanya sepertimana telah KAU anugerahkan kepada kami dan semoga pertautan ini tidak akan terlerai walau apa sekalipun yang terjadi.... Seaib manapun aku dan dia, semoga kami akan tetap menerima antara satu sama lain...

P/s: Ya ALLAH, antara aK dan Dia... sememangnya ada satu Rahsia..

Bersahabatlah, Jika...

Bersahabatlah,

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

P/s: Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya (Hadis riwayat al-Hakim) ..

Sometime

Sometime..

I had a plan
I wanted to change who I was
Create a life as someone new

Someone without the past
Without the pain
Someone alive

But its not that easy
The bad things stay with you
They follow you

You can't escape them
As much as you want to
All you can do is be ready for the good

So when it comes
You invite it in because you need it
Yes.. I need it

P/s: Sometime..

Okey ke Tak ??

Okey ke Tak ??

Pernahkah kita tanya pada diri kita sendiri dan menjawabnya sendiri?
Ingatlah bahawa kita ada dua hati, iaitu Hati Kecil dan Hati Besar.

Yang selalu membohongi diri kita ialah hati besar kita. Yang cakap besar, perasaan membesar-besarkan diri itu datangnya dari hati besar dan yang selalu mengeluh dan menyatakan keadaan kita yang sebenar itu datangnya dari hati kecil. Bila orang puji kita, kita pun kembang, itu hati besar yang berbangga. Kadang-kadang orang puji kita sebab nak bodek kita jer, sebab itu kadang-kadang kita terfikir, "Erm betul ke dia puji aku ni, Ikhlas ke dia tu, sebab aku ini taklah okey sangat seperti yang dia cakap tu."Pertanyaan ini datangnya dari hati kecil.

Jadi, cuba kita sama-sama tanya diri kita sendiri, 'kita ni Okey ke Tak ?? ' dan kita jawab sendiri dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas. Jawapan ini boleh menentukan apakah langkah-langkah kita selepas ini. Apakah positif ataupun negatif. Adakah dengan penuh yakin ataupun tidak.

P/s: Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan orang lain tatkala hendak menentukan arah tujuan.

Sesungguhnya~

"Sesungguhnya lidah orang mukmin itu terletak di belakang hatinya. Apabila dia hendak berkata sesuatu, maka hatinya akan lebih mengerti sebelum diucapkan menerusi lidahnya."
( Riwayat al-Kharaithi daripada al-Hasan Al-Bashari )
 P/s: Sama2lah kita menjaga mulut atau lidah daripada mengeluarkan
kata-kata keji seperti mengumpat, memfitnah, memaki hamun, mencarut dan
mempersendakan orang lain.

(●.•) ANOTHER POSTS (●.•)