.
| | |DASHBOARD| | | | | |INFORMASI| | | | | |ILMU AGAMA| | | | | |KATA HATI| | || | |TERJAH| | || | |SHOUTBOX| | || | |DOWNLOAD| | |

(●.•) FACEBOOK (●.•)

FOLLOW ME

Behave Yourself

Mencaci dan mencerca adalah perbuatan yang sangat keji dan hina dari segi syara' kerana ia merupakan suatu dosa yang besar di sisiNYA. Amalan seperti ini sering berlaku di kalangan masyarakat dan bangsa kita. Ianya selalu terjadi apabila ada pada seseorang itu sifat2 perasaan hasad dengki, riak, tidak bertimbang rasa dan tidak sabar. Kadang2 sifat2 ini lahir mungkin akibat terikut2 dengn sikap atau perangai faktor sekelilingnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Fahamilah bahawa mulut, lidah dan dua bibir yang dijadikan olehNYA bagi setiap insan itu bukanlah tujuan untuk mencerca, memaki hamun atau mengeluarkan kata2 kesat, kotor, mencarut yang boleh menyakitkan hati atau menyentuh perasaan seseorang, dan ia juga bukanlah boleh dikeluarkan ikut sedap hati kata sahaja tanpa memikirkan buruk baik serta akibatnya.


P/s: Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah. Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

2 comments:

KNS said...

kerana mulut badan binasa ;))

● ZroTHnkeR™ said...

yea.. menjaga hati.. ari lasso ;)

(●.•) ANOTHER POSTS (●.•)